skpps-sitizaleha.zoom-a.com
Laman Peribadi
siti zaleha bte ramlan

E-mel : skpps-sitizaleha@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PROFIL | GALERIKU 1 | GALERIKU 2 | GALERI FOTO | KISAH HIDUPKU | FALSAFAH DIRI | KATA HIKMAT | FAKTA MENARIK | PAUTAN | BUKU PELAWAT |

SALAM PERKENALAN BUAT SEMUA PENGUNJUNG LAMAN KU INI.

KU INGIN BERKONGSI SEDIKIT PENGALAMAN TENTANG KEHIDUPAN KU.

AKU DIBESARKAN DALAM KELUARGA YANG BOLEH DIKATEGORIKAN MISKIN PADA ASALNYA. AYAH BEKERJA SEBAGAI PEMANDU LORI TRELAR DAN IBU PULA HANYA SEBAGAI SURIRUMAH. AYAH BEKERJA TIDAK TENTU MASA. KADANG KALA AYAH BEKERJA DAN PULANG SETELAH TIGA BULAN KEMUDIAN. DENGAN PENDAPATAN YANG TIDAK MENENTU, KAMI SEKELUARGA ADA KALANYA TERPAKSA MAKAN NASI BERLAUKKAN GARAM DAN KICAP JE......MASA TU HANYA ALLAH YANG TAU PERASAAN KAMI ADIK BERADIK.

KAMI TINGGAL DI RUMAH USANG DI PARIT PAYONG MUAR. RUMAH KAMI TERLETAK DI BELAKANG RUMAH DATUK DAN NENEK SEBELAH AYAH. SEBENARNYA IBUKU TIDAK DISUKAI OLEH KELUARGA SEBELAH AYAH TERUTAMANYA ADIK BERADIK TIRINYA. SEHINGGAKAN PADA SUATU HARI TERJADIKAN SALAH FAHAM ANTARA MEREKA. IBUKU DIHALAU KELUAR DARI RUMAH DAN TIDAK MEMBENARKAN MEMBAWA KAMI BERSAMA. HATI IBU MANA YANG TIDAK PILU MENINGGALKAN ANAK-ANAKNYA YANG SERAMAI SEMBILAN ORANG.

HAMPIR EMPAT BULAN KAMI TIDAK BERSAMA IBU. NENEK BEGITU "MENJAGA" KAMI. KAMI TIDAK DIBENARKAN KELUAR DARI RUMAH SELAIN KE SEKOLAH. TAPI KAMI BIJAK JUGA. KAKAK YANG SULUNG MEMBAWA KAMI KELUAR KE SEKOLAH PADA WAKTU AWAL PAGI. DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH, KAMI AKAN SINGGAH DI RUMAH IBU UNTUK MENGAMBIL BEKAL.

SEPULANGNYA AYAH DARI KERJA, AMAT TERKEJUT DAN HIBA HATINYA MENDENGAR CERITA KAMI. AYAH TIDAK DIBENARKAN BERJUMPA DENGAN ISTERINYA. ITULAH KATA-KATA DATUK YANG MEMBAWA PERTELINGKAHAN AYAH DAN DATUK SEHINGGAKAN DATUK MEMBERI DUA KATA PUTUS KEPADA AYAH. SAMA ADA MEMILIH MEREKA SEBAGAI KELUARGA DAN AKAN DAPAT HARTA ATAU PILIH ISTERI DAN PUTUSLAH HUBUNGAN SEBAGAI KELUARGA.

AYAH MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TANPA DIDUGA. DEMI ANAK-ANAK YANG BERDERET, AYAH SANGGUP MEMUTUSKAN PERTALIAN DARAH DENGAN DATUK. TERPUTUSLAH HUBUNGAN PERSAUDARAAN KAMI DENGAN DATUK.  KAMI DIBAWA BERPINDAH KE RUMAH IBU YANG SELAMA INI TINGGAL DENGAN NENEK SEBELAH IBU.

AYAH SANGGUP MENGAMBIL CUTI MEMBINA PONDOK UNTUK KAMI BERTEDUH. KAMI BEGITU GEMBIRA DAPAT BERSATU KEMBALI. RUPA-RUPANYA...TINDAKAN AYAH MEMBAWA SATU PERMULAAN DALAM KEHIDUPAN KAMI.

KAKAK SULUNG (NORAINI) DAN KAKAK ANGAH (NORLA) TELAH DITERIMA UNTUK MENGIKUTI LATIHAN SEBAGAI POLIS DI PULAPOL. ALHAMDULILLAH.....KAMI TURUT GEMBIRA. DAN SEKARANG MEREKA BERTUGAS DI PULAU PINANG BERPANGKAT SARJAN MEJAR DAN SUB-INSPEKTOR.

KEGEMBIRAAN KELUARGA TIDAK HABIS DI SITU. KAK UDA (NORAISHAH) DAN KAK ANDAK (NORIDAH) DAPAT MELANJUTKAN PELAJARAN KE USM PULAU PINANG DALAM BIDANG PENDIDIKAN. KETIKA HENDAK MENGHANTAR KAK UDA, PERISTIWA YANGTIDAK DIDUGA BERLAKU. NENEK DAN DATUK YANG "MEMBUANG" KAMI MUNCUL TIBA-TIBA. MEREKA BEGITU AMAT GEMBIRA MENERIMA PERKHABARAN YANG "CUCUNYA" TELAH BERJAYA.  KAK UDA TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN, SEKIRANYA AYAH MEMBAWA DATUK DAN NENEK SEKALI UNTUK MENGHANTARNYA, UDA TIDAK AKAN PERGI KE USM. AYAH SERBA SALAH. KAMI DIPAKSA SEMUA SEKALI BERSIAP UNTUK TURUT SERTA BAGI MEMENUHKAN RUANG VAN YANG DISEWA OLEH AYAH. PUNAH HARAPAN DATUK DAN NENEK UNTUK IKUT SERTA.

SETAHUN SELEPAS ITU, PERKHABARAN GEMBIRA MENYUSUL LAGI. KAK UTEH (NORLAILA) TELAH DITAWARKAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE UNI GANNON DI USA. AYAH DAN IBU TERSENYUM LEBAR. KETIKA HENDAK MENGHANTAR UTEH, NENEK MUNCUL LAGI MENAGIH SIMPATI UNTUK IKUT SERTA MENGHANTARNYA KE LAPANGAN TERBANG. AYAH TERDIAM MEMBISU. UTEH MEMBUAT KEPUTUSAN SEKIRANYA ABAH MEMBAWA NENEK, UTEH SANGGUP TIDAK PERGI DAN AKAN TINGGAL DI RUMAH SELAMA-LAMANYA. KAMI DIPAKSA SEKALI LAGI UNTUK MEMENUHKAN RUANG VAN. NENEK BEGITU HAMPA SEKALI TETAPI DIA SEMPAT MENGHULURKAN BUNGKUSAN YANG BEISI KEREPEK KEPADA IBU UNTUK DIBAWA BERSAMA KE LAPANGAN TERBANG.

SEMASA DALAM PERJALANAN PERGI TIDAK SAMPAI SATU KILOMETER, TANPA DIDUGA, UTEH MENYURUH AYAH MEMBERHENTIKAN KENDERAAN, UTEH KELUAR SAMBIL MEMBAWA BUNGKUSAN YANG NENEK BERI. LALU UTEH TERUS MENCAMPAKKAN BUNGKUSAN ITU KE DALAM PARIT. KAMI SEMUA TERKEJUT DENGAN TINDAKAN KAKAK KU INI. AYAH DAN IBU HANYA MENGGELENGKAN KEPALA.

KEGEMBIRAAN KELUARGA BERTERUSAN LAGI. KAK ACHIM (NORHASHIMAH) BERJAYA MELANJUTKAN PELAJARAN KE UUM SINTOK. AKU PULA (SITI ZALEHA) DAPAT MELANJUTKAN PELAJARAN KE MAKTAB PERGURUAN TUANKU BAINUN. ADIK KU MAK INA (NORHAYATI) MELANJUTKAN PELAJARAN KE UPM SERDANG. ADIK KU YANG KESEMBILAN.....SATU-SATUNYA LELAKI DALAM KELUARGA KAMI HANYA SETAKAT STPM TETAPI LEBIH BERJAYA DARIPADA KAMI SEMUA. DIA SEKARANG INI BEKERJA DI SUDAN SEBAGAI JURUTEKNIK. DAN ADIK YANG KESEPULUH (NOOR RATNA SARI) BERJAYA MELANJUTKAN PELAJARAN KE UPM CAWANGAN TERENGGANU DALAM BIDANG KAUNSELOR.

KINI AYAH DAN IBU TERSENYUM LEBAR DI ATAS KEJAYAAN ANAK-ANAKNYA. AYAH KINI MENJADI SEORANG PENGUSAHA TERNAKAN LEMBU YANG SEBANYAK HAMPIR 30 EKOR. IBUKU HANYA GOYANG KAMI DI RUMAH. TAPI KASIHAN, IBUKU MENGIDAPI PENYAKIT KENCING MANIS YANG KRONIK. IBUKU TERPAKSA MENJALANI RAWATAN HEMODIALISIS SEBANYAK TIGA KALI SEMINGGU. 

KASIH SAYANG DAN PENGORBANAN AYAH DAN IBU SESUNGGUHNYA TIDAK DAPAT KAMI BALAS DALAM KEHIDUPAN INI. HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS JASA MEREKA.

KINI AKU BERTUGAS DI SK PARIT PINANG SERIBU. AKU TELAH BERKHIDMAT SELAMA TIGA BELAS TAHUN. AKU SUDAH BERKELUARGA DAN PUNYAI LIMA ORANG CAHAYA MATA. KEHIDUPAN KU BERSAMA SUAMI TERSAYANG, AMAT BAHAGIA DAN KEHIDUPAN DULU MENJADI PENGAJARAN BUATKU AGAR LEBIH TEGAS DALAM SETIAP KEPUTUSAN DAN PERBUATAN.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: